Skip to main content

Kepada Pelajar yang Sudah atau Akan Menghantar Borang MARA

(Post kali ini dalam bahasa Melayu dan tidak berniat untuk mengutuk, menyedihkan atau merendahkan mana-mana pihak. Jika ada sebarang ke-terasa-an hati, boleh tinggalkan komen. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan minta maaf juga menyinggung hati mana-mana pihak sama ada yang hidup ataupun yang dah tiada)

Tahniah kepada mereka yang telah menghantar borang MARA setelah bersusah payah :
- mengisi segala maklumat
- mencari penjamin-penjamin anda
- mendapat tanda tangan penjamin dan saksi anda
- mengambil gambar untuk dilekatkan
- membuat salinan-salinan yang diperlukan
- mengesahan salinan-salinan
- mendapatkan cop pesuruhjaya sumpah
- membeli setem HASIL dan mematikannya
- berjalan jauh ke pejabat MARA

Banyak duit anda habis kan?

Ada juga yang hantar menggunakan pos dan ada juga yang parents settlekan semua..
Takpe yang penting siap


Kepada mereka yang :

- hantar sekali dan tidak di-reject
Tahniah!! Anda memang membaca setiap huruf dalam buku panduan dan surat-surat tersebut. Mesti anda jenis yang baca buku panduan sampai habis setiap kali beli apa-apa barang kan?

- di-reject sekali
Bagus! Anda tahu kesilapan anda dan terus membetulkan kesemuanya. Manusia memang melakukan kesilapan...dan anda mengambil pengajaran daripada kesilapan anda. Belajar dari kesilapan!

- di-reject dua kali
Mungkin anda banyak duit untuk dibazirkan untuk ke Pejabat MARA. Ataupun anda terlalu rindu dengan MARA sehingga sanggup melakukan kesilapan demi dapat pergi ke pejabat MARA lagi..so sweet~Mungkin juga anda terlupa untuk tanya dengan lebih terperinci apakah silap anda dalam melengkapkan segala perjanjian dan borang..Anda perlu bertanya dengan lebih kerap biarpun pegawai yang memeriksa borang anda itu _______ (bergantung kepada pegawai yang anda jumpa)

- di-reject 3 kali dan ke atas
Secara jujur, anda sendiri sudah tahu betapa sedihnya diri anda jika asyik di-reject. Jadi, pada reject-kan yang kedua, anda dinasihatkan supaya sudah menyediakan surat wasiat untuk menyatakan kesedihan anda dan sedia mewariskan segala harta anda (biarpun Panasonic Lumix FS-6, Canon IXUS 80 IS, PSP berwarna hitam, iPhone, Wii, X-Box abang ipar dan sebagainya) dan anda boleh pilih tempat untuk terjun

- tak hantar lagi!!!
Mengikut borang LPP2009, anda mesti adalah sama ada seorang yang malas, suka tangguh kerja, mengharapkan orang lain buat kerja, ataupun BARU PULANG MELANCONG DARI UK. Pergi hantar cepat!!


Sekali lagi, tahniah kerana sudah menyiapkan borang2 anda

Sekian terima kasih

(Minta maaf jika post ini menyinggung perasaan mana-mana pihak, penulis tidak berniat jahat ataupun berhati kejam. Post ini hanyalah gurauan semata-mata)

Comments

  1. hahaha
    gler lwk wei part wasiat tu!
    hahaha
    psp itam,xbox abg ipar
    hahahahaha
    sumpah tegolek2 aku gelak
    haha

    ReplyDelete
  2. nasib baik ko nyer x kena reject banyak kali

    kalo x aku dah sedia nk amik psp hitam ko

    haha

    ReplyDelete
  3. hahaha..sungguh bes perli ak..asl wrna font tu lain?sje je =p ye2..ak anta esok lah..wekk! =p ak wat dlm masa 3ari je wehh..ish3..doakn lah ianya xdrejek ye =)

    ReplyDelete
  4. ingatkan ko x bce post nie ;P

    ko on9 aa malam nanti, aku leh checkkan~
    hehe

    ReplyDelete
  5. mula2 aku dah takut dah...
    aku ingat kau betul2 nak kutuk orang!
    lol

    ReplyDelete
  6. kena ader aziz fatah dlu baru bley kutuk habis-habisan

    haha

    ReplyDelete
  7. coco rilek je ek..siap bleh pegi UK lg..x yah nk ulang-alik pegi pejabat MARA..lol

    ReplyDelete
  8. xD pngalaman mnangis tgh2 bndar.
    sbb asyk kne reject. hahaha.
    tak pena kne reject smpai cmtu skli. :P

    ReplyDelete
  9. acap - coco genius!walaupun sbnrnyer bnyk bapak dier tolong settlekan
    hehe

    aisya - tape...blaja dr pengalaman...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.