Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

A Little Update :D

4 hari sudah berlalu sejak aku pulang dari Pulau Pinang, dan rasanya dah banyak perkara berlaku. Yang membuatkan aku tergelak, tersenyum, tertawa, dan tak lupa juga perkara yang membuatkan aku emosi, kecewa dan sedih. Tapi kata orang, jangan biarkan yang sedih mengatasi yang gembira. So let's just be happy, shall we? :D
Tanpa membuang masa, aku ringkaskan apa yang jadi sepanjang minggu ini:
Sabtu: Selepas kali terakhir mengedit blog, aku ke kenduri di Kuala Perlis (untuk makan sahaja hahaha). Semasa kenduri tu, aku ternampak seorang wanita yang serius hot (dah la terkantoi pandang lama-lama haha). Tapi aku tahu realiti hidup yang aku takkan secara rawak akan dapat berkenalan, so aku terus lupakan haha. Kemudian aku dan keluarga terus ke Kulim, melawat abang kepada ayah aku. Mungkin dalam 2-3 jam kami singgah, dan terus bergerak ke Pulau Pinang. Shopping sikit dan dinner di Batu Feringgi, kemudian check-in di hotel dan terus tido.
Ahad: Pulang ke rumah. Nothing much.
Isnin: Last minute…

Ada Saja Benda Nak Complain

Sekarang aku berada di Hotel Brasmana, Kuala Perlis (betul-betul depan jeti nak ke Langkawi). Sebab? Ada kenduri kahwin anak kepada kawan ayah aku, so aku dengan tak rela hatinya mengikut. Yang membuatkan aku tak rela nak ikut ialah sebab aku tak suka pergi ke tempat yang tak ada orang aku kenal. Ini memang penyakit aku daripada dulu, dan berkaitan jugak dengan pengalaman sejak kecil.

Sejak dulu lagi aku tak suka nak ikut family aku pergi ke mana-mana event yang takde kaitan dengan aku. Sebabnya, nanti aku akan ditinggalkan keseorangan dan kebosanan. Parents aku mestilah akan berborak dengan orang-orang yang diorang kenal, dan takkan la aku nak menyampuk sekali. Dan semestinya aku akan bawak segala game aku (PSP, DS, 3DS) tapi tak dapat la nak main depan orang ramai, lagi-lagi time kenduri. Tersangatlah biadab di situ. So aku takde choice nak buat apa-apa. Duduk diam-diam, makan, pandang orang sekeliling, usha awek yang confirm takkan ada kaitan di masa akan datang. Serius bosan ok. D…

Keluar Jugak Dari Rumah

Hari Selasa lepas ialah hari first aku keluar rumah yang bukan dengan family. Irshaad datang Shah Alam lepas dia hantar ayah dia ke LCCT, dan bawak aku pergi makan kat Restoran Khalifah (aku yang suggest + tunjuk jalan pun haha). Then pergi Plaza Masalam, beli charger untuk 3DS since charger yang bawak daripada US takleh nak pakai kat sini.

Hari nie, aku keluar pergi rumah Naqib after dia complain yang TV dia takleh nak detect PS3 dia. Boleh bayang aa kecuakan dia haha. Aku bawak PS3 aku sekali, and turn out PS3 aku ok jer pasang kat TV dia. So dengan mencuba beberapa trick, PS3 Naqib akhirnya boleh dimainkan seperti biasa (aku tak rasa pun korang berminat nak tau macam mana aku buat haha). Then kitorang pergi Sunway Pyramid dengan mak Naqib n kawan dia, Hafizuddin. Naqib nie nak beli modem Wi-Fi so that dia boleh main game online dengan lagi best, tapi after dah pasang semua, nampaknya macam nak return aa modem tuh. Sedih jer bayar mahal2, nasib baik boleh dapat refund dalam masa 7 h…

Takut Untuk Tidur (?)

Ok, sekarang nie even aku sendiri rasa yang diri aku nie somehow creepy. Ok, petang tadi aku adalah terbuat sorang kawan (ye ke kawan? haha) aku nie marah. Then bila malam menjelang, aku tido jer la macam biasa, macam seorang student yang sedang bercuti tido. Pastu ntah macam mana, aku dapat mimpi banyak kali. Bayangkan ada sepuluh episod cerita, semua pendek2, dan episod 1 ada kaitan ngan episod 2 in some way, episod 2 ada kaitan ngan episod 3, tapi episod 1 takde kaitan ngan episod 3. Macam tu la untuk sepanjang mimpi (ok nie bukan first time pun, tapi kelakar gak aa sebab ingat semua).

Yang penting sekali ialah part last. Somehow, aku kena tangkap, then kena campak dalam aquarium besar penuh ngan air (tahap untuk display seekor walrus) and aku jadi bahan display. Dah la aquarium tu takde tempat nak naik untuk lepak or even nak bernafas. Pastu bila aku bangun, aku terus call kawan aku tu, minta maaf kat dia, sebab aku dah fikir yang aku akan terperangkap selama2nya dalam aquarium tu…

Because I Care

Ya Allah, aku ada seorang kawan, yang mungkin berada dalam situasi yang sangat susah sekarang. Aku sangat berharap kau bantulah dia untuk menghadapi masa susahnya. Lapangkanlah hatinya, tenangkanlah fikirannya, dan kurniakanlah kepadanya rakan2 yang sanggup membantunya di kala dia susah. Sesungguhnya diri ini ingin sangat membantunya, tetapi tiada lagi yang lebih layak untuk membantunya selain daripada-Mu ya Allah. Dan aku ingin dia tahu yang diri ini sentiasa bersedia untuk membantunya dah sentiasa menyokongnya dengan segala cara yang ku mampu.

Kau permudahkanlah urusan untuk dia ya Allah

Amin