Skip to main content

Bersabar Membuatkan Kita Kuat

Ujian dari Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk yang mungkin kita tak sangka. Sepanjang tiga hari Ramadhan ini, saya boleh lihat beberapa orang yang dekat dengan saya menerima musibah. Antaranya ialah:

- kawan mak saya terjatuh ke dalam longkang, dan tangan kanannya patah. Susah nak buat segala kerja, even nak solat kat masjid pun terhalang.
- seorang rakan saya demam pada awal Ramadhan. Alhamdulillah dah semakin baik keadaannya, walaupun masih ada batuk dan selsema.
- ada juga yang akan menghadapi ujian pada minggu hadapan. Semoga berjaya Irshaad, Zainal dan Afiqah!
- lagi seorang rakan saya kehabisan ubat dan menyebabkan dia tidak boleh tidur malam.

Itu hanya sebahagian, masih ramai lagi di luar sana yang menghadapi masalah mereka masing-masing, dan mungkin jauh lebih teruk.

Saya juga ada masalah saya sendiri, Masalah tersebut menyebabkan saya berasa tidak tenang dan sentiasa rasa tidak secure. "Ya Allah," fikir saya "kenapalah masalah ini perlu datang pada masa-masa begini? Aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini". Pada waktu malam, saya selalu berasa hiba dan tidak tenteram. Sebelum ini, saya rasa saya sudah cukup ok dengan keadaan saya sendiri. Saya berfikir, dalam masa yang sama berdoa kepada Allah.

Akhirnya saya sampai ke satu persoalaan: bukankah semua ini ujian daripada-Nya? Saya cuba ingat beberapa ayat Allah di dalam al-Quran, dan saya Google beberapa artikel. Saya menjumpai beberapa ayat yang best:

Firman Allah, maksudnya:
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." 
Surah Al-Ankabut:ayat 2-3


See? Tidak bolehlah saya mengatakan "saya dah ok" selagi saya belum diuji. Saya mengaku, saya sendiri tidak tahu adakah mampu diri ini menghadapi ujian daripada-Nya. Ujian yang saya terima ini, memang sangat besar bagi saya. Tetapi:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)


Saya percaya dengan yang semua ini ada hikmahnya, dan saya akan cuba sedaya upaya untuk bersabar :)

Anda semua juga mungkin ada masalah anda sendiri. Saya sangat berharap agar anda dapat menghadapinya dengan tabah.

"Sabar Zap, sabar"

Salam.

Comments

  1. masa aku discuss soal ujian ni dengan seorang senior tesl, dia tanya aku, kenapa Tuhan ulang dua ayat yang sama dalam surah insyirah.
    dari perspektif penulisan, teknik pengulangan bertujuan memberi penekanan. jadik, dari ayat tu, Tuhan betul-betul emphasize-kan yang every test has its own solution. just, have faith in Him.
    kita memang tak boleh berputus asa kan?
    :)
    happy ramadhan !

    ReplyDelete
  2. yup that is so true, and good info too. thanks!

    selamat berpuasa!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.