Skip to main content

Cikgu Noreen

Cikgu,

rasanya sudah terlalu lama saya tak menghubungi cikgu sejak kali terakhir saya menjejakkan kaki ke MRSM TGB. Saya betul-betul minta maaf kerana tidak menghubungi cikgu, tetapi bukanlah kerana saya lupakan cikgu. Tidak, tidak sama sekali. Walaupun cikgu tidak pernah mengajar saya di dalam kelas secara formal, dan sudah lama tidak berhubung, tetapi saya masih dapat rasakan hubungan kita masih dalam keadaan yang sama.


Betapa gembiranya hati ini apabila mendengar khabar cikgu daripada Farahin. Saya terlalu gembira mengetahui yang cikgu masih ingat kepada saya dan masih kisah tentang keadaan saya. Mengenangkan cikgu, saya menjadi semakin rindu untuk berjumpa dengan cikgu. Mahu sahaja diri ini pulang ke Malaysia sekarang juga untuk berjumpa dengan cikgu. Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan kepada cikgu. Terlalu banyak...

Saya akan ingat pesanan cikgu. Saya tidak akan meninggalkan perkara yang wajib. Saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya akan menjadi lebih kuat. 

Kerana saya ingin berjumpa lagi dengan cikgu.

InsyaAllah, sekiranya diberikan kekuatan dan kemampuan, saya akan datang untuk melawat cikgu di maktab. Saya doakan agar cikgu sentiasa dalam keadaan yang sihat dan kuat. 

Farahin beritahu saya yang cikgu dah ada URL blog saya. Saya berharap sangat agar cikgu dapat membaca apa yang tertulis ini.

-Zafree-

Comments

Popular posts from this blog

Emotional State

My current emotional state is like this: I am sitting in a room. The door and the windows are open. I let things and people come in freely, and I will entertain anyone who enters my room. But I, for sure, will not come out of that room. The room is open but the mental barrier is there.

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et...