Skip to main content

Guitar Hero di Harian Metro

Di sini, saya bukan hendak mengutuk mana2 pihak tetapi cuma ingin membetulkan apa yang tidak betul

Saya harap pembaca faham yang saya cuba mendedahkan perkara sebenar yang telah disalah anggap oleh sesetengah pihak

Hari ini, Harian Metro telah mengeluarkan artikel mengenai game Guitar Hero
(klik di sini)

Saya ingin mengulas setiap perenggan yang telah dikeluarkan

Lagi satu, artikel ini secara spesifiknya menerangkan tentang Guitar Hero 3 sahaja


Awas! Remaja yang gemar bermain permainan komputer perlu berhati-hati apabila memilih permainan, terutama berasaskan muzik rock dan punk berikutan sesetengahnya boleh menjejaskan akidah.

Tidak dinafikan yang kita sebagai gamers perlu berhati2 apabila memilih game, tetapi kenapa genre muzik rock dan punk??Adakah game lain tidak membahayakan??Bergantung kepada siapa yang main game tersebut juga.

Dalam permainan komputer terbaru di pasaran, ia memaparkan grafik seakan-akan kalimah Allah ketika ‘syaitan’ bermain gitar.

Memang betul ada, ini tidak dinafikan. Tetapi, game tersebut sudah keluar pada tahun 2007, baru tahun ini nak dijadikan isu?

Permainan komputer yang mensasarkan golongan remaja, terutama mereka yang cetek pengetahuan agama mampu terpesong akidah, sekali gus hanyut dibuai keghairahan mengejar gelaran juara ‘Rocker Terunggul’.

Ini pun betul juga, tetapi kenap€a terpesong akidah? Perlu diterangkan dengan lebih tepat di situ. Game ini tidak mengajak kepada memuja syaitan. Kalau betul, jadi semua konsert pun mengajak kepada memuja syaitan juga, bukan?

Berdasarkan pendedahan ‘kaki’ permainan komputer, Ridzuan, 20, kepada wartawan Harian Metro, ada pemain menyedari ia menghina Islam, tetapi meneruskan permainan itu hingga berjam-jam lamanya.

Itu bergantung kepada individu sendiri hendak menerimanya atau tidak, kalau dah tahu benda itu salah, janganlah main lagi. Kalau dah tahu susah nak berhenti, mainlah game lain,$ buatlah benda lain, tetapkan masa atau jangan main game terus

Mereka semata-mata ingin bergelar juara untuk menjadi gitaris terkemuka barat yang digunakan pihak pengeluar dalam mempromosikan permainan berkenaan.

Juga bergantung kepada individu, sesetengahnya bermain untuk hiburan semata-mata. Individu juga yang memilih sama ada hendak taksub dengan game itu atau tidak.

Ridzuan yang menyukai muzik rock dan punk sejak berusia belasan tahun, menyatakan permainan terbaru itu sedang hangat di kalangan remaja yang gilakan muzik rock dan punk.

Tak semestinya...saya yang main game tersebut (sebelum mengetahui tentang adanya kalimah Allah tersebut) tidak berminat pun dengan musik rock punk...

“Permainan ini pelik kerana mampu menyebabkan saya hilang kawalan kerana terlalu asyik selain merasakan diri seolah-olah berada dalam dunia lain.

Bukannya game ini sahaja...game lain pun boleh sahaja membuatkan kita berada di dunia lain...janganlah terlalu menyalahkan game ini sahaja...bergantung kepada individulah sama ada ingin taksub dengan game ini atau tidak.

“Malah, saya sanggup menghabiskan masa sehari suntuk semata-mata untuk menjadi juara. Permainan ini lebih menarik serta mencabar jika bermain dengan rakan dengan masing-masing akan bersaing bagi membuktikan kejuaraan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, setiap pemain hanya perlu memilih satu karakter syaitan sebelum mengikut nota lagu yang ditetapkan.

Mana ada..game ini hanya terdapat satu karakter syaitan..itupun perlu dibeli terlebih dahulu...tak perlulah beli karakter tersebut...banyak lagi karakter lain yang boleh dipilih...

Pemain yang mengikut nota lagu dengan baik berdasarkan peringkat tertentu akan digelar juara serta dianugerahkan wang bagi membolehkan mereka membeli gitar terbaru yang ditawarkan.

Ini adalah bagaimana game ini dimainkan~

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Syariah Malaysia, Zainal Rijal, ketika dihubungi, berkata pengeluar sepatutnya peka terhadap sensitiviti agama sebelum mengeluarkan barangan mereka kerana boleh mengundang kemarahan.

“Ini bukan kejadian pertama dan kita perlu menyiasat siapakah dalang di sebaliknya sebelum tindakan keras dikenakan terhadap mereka yang mengeluar atau mengedarkan permainan komputer ini.

Memang betul..tetapi agak halus jadi tak boleh salahkan mereka...siapa yang dah tahu sepatutnya beritahu awal2...

“Tanpa disedari atau tidak tujuan pihak tertentu sebenarnya untuk menyesatkan golongan remaja Islam dan menghina Islam,” katanya.

Wallahualam....

Beliau berkata, cubaan dilakukan secara halus bagi mengikis jati diri remaja Islam dengan memastikan golongan terbabit lupa diri dan sanggup mengetepikan pegangan agama.

Justeru, menurutnya, ibu bapa perlu mengawal anak mereka daripada bermain permainan seperti itu dan membuat aduan kepada pihak berkuasa agama supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan.

“Bagi saya permainan ini perlu diharamkan kerana mampu memesongkan akidah,” katanya.


Kenapa game ini sahaja?Memang betul ia patut diharamkan kerana terdapat kalimah Allah. Kalau begitu apa yang terjadi dengan game lain yang memesongkan akidah?Baik haramkan semua game terus kalau begitu. Sekali lagi, bergantung kepada individu sendiri sama ada mereka mahu taksub atau tidak. Belajarlah untuk mengawal diri sendiri. Even game bola boleh melalaikan individu, bukan game ini sahaja.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya hanya memberikan gambaran yang sebenar kepada pembaca.

Seperti biasa, saya menerima sebarang komen dan pendapat mengenai hal ini. Tolong bersikap terbuka~Saya menerima segala teguran dan kemarahan daripada pihak anda. Terima kasih

Saya minta maaf jika ada tersalah kata dan menyinggung perasaan mana2 pihak. Sila2lah memberikan teguran kepada saya

Comments

  1. PANAS ATI BTOL AKU BACE NIH!!! HARIAN METRO MMG CAMNI DAH BEBERAPA KALI DAH!! AKU PUN PENAH BLOG GAK!!
    http://allayed-rayza.blogspot.com/2009/01/dont-blame-videogames.html

    ok ok cool cool. aku setuju dgn setiap point kau. ok here's what i think. dah name pun hiburan dah ade or yg nak ikut mende2 negatif dr lagu tu watper pastu salahkan org yg wa lagu tu dah diorang yg wat tu bukan nye muslim tau pasal sumer ni mane kite leh expect sumer org respect kite sbb mmg realitinye camtu. yg pasal kalimah Allah tu aku tak tau tp aku akan check balik secepat mungkin. GHIII kan? btol ckp kau, kenapa lps dah beberapa lame keluar baru nak dijadikan isu? kalau btol takutkan mende2 camni jd nape tak siasat mase mule2 game ni keluar dulu? pastu aku nak quote skit sini,"Permainan komputer yang mensasarkan golongan remaja, terutama mereka yang cetek pengetahuan agama" kenapa diorang nak kate mcm SEMUA gamer tu cetek dr sedi akidah nye? kalau nak ikutkan byk lg media kat duinia ni yg ade menghina Islam tp v'game yg sibuk dikecohkan. same jugak, aku pun takde la minat sgt rock & punk tp aku main sbb seronok je. kite tak semestnye kene minat something utk seronok kan? hilang kawalan mase main game tu dia nye pasal la dah dia yg budus sgt takde time management pastu jgn la kategorikan as if semua gamer yg main game tu perangai camtu. bukan semua gamer takde hidup duduk dpn game setiap mase. org yg tak reti time management je camtu. naper nak salahkan game tu? salah diorang ke sbb diorang dah bwat game yg seronok? abeh takkan diorang nak bwat game yg takdela seronok sgt cukup la utk tak syok sgt main supaya jap lg boring la. memilih karakter syaitan? manader wahai penulis artikel yg bijak bestari. pastu.. jap2, si Zainal Rijal ni tau tak yg semua game konsol kat Malaysia ni cetak rompak oleh itu segala jenis kawalan terhadap pengeluaran dia takde kawalan oleh pihak berkuasa? ke dia main ckp je sbb nak salahkan game tu jugak tak kire. mmg, ade pihak dlm dunia ni yg hendak menyesatkan Islam tp sekali lg tu terpulang pd muslim tu sendiri utk sedar atau tidak dan memberi reaksi yg seswai utk situasi2 ni. game ni tak sepatutnye diharamkan, ia perlu diharamkan hanya dikalangan org yg skit2 terpengaruh dan takde jati diri utk tentukan ape akan jd pd diri sendiri.

    Dan aku rase kat Harian Metro ni ade org yg btol2 anti games. diorang dah takde artikel lain nak tulis dah, cume cari salah game dan salahakan game semata-mata, org yg main tu tak salah langsung.Decide your own life. Aku kecewa sedih dan marah dgn keadaan ni tp ape aku leh bwat ialah tulis komen yg pjg nye cam satu blog entry ni je dan harap ade org paham. aku sokong kau.

    Wallahualam, Tuhan lebih tau.

    ReplyDelete
  2. part yg name Allah2 tu, myb x patut la.. mmg x patut ikutkn...
    tp part memesongkn akidah tu, dunno la plak..dunno la plak. org kne jaga la kalo nk maen...
    btul la ckp ko, konsert pn sama melalaikn n byk habiskn duit org jgk la... (mengevote n nk attend to juz one konsert..)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et...