Skip to main content

Pengawalan Diri dan Kebolehan Intelektual

Berikut adalah idea dan buah fikiran yang saya dapat daripada pembacaan yang dilakukan dan juga daripada ilmu yang cetek. Saya sedar, saya terlalu cepat untuk membuat induksi dan mungkin saya masih belum berfikir secara matang, tambahan lagi saya masih baru berjinak dalam bidang psikologi dan berfikir. Tetapi saya merasakan yang perkaitan antara eksperimen yang dilakukan dengan amalan-amalan umat Islam adalah sangat menarik serta boleh dikaji dan dibincangkan. Sila baca dengan hati yang terbuka, dan saya sangat galakkan sebarang komen atau, cadangan yang membolehkan saya untuk lebih memperbaiki cara saya berfikir dan membuat konklusi, dan membetulkan ralat dalam etika berfikir saya.

Apa pun, dapatan kajian daripada Walter Mischel ini adalah sangat menarik.

Terjemahan daripada buku Thinking, Fast and Slow yang ditulis oleh Daniel Kahnemen, muka surat 47:

Daripada salah satu kajian yang terkemuka di dalam sejarah psikologi, Walter Mischel dan para pelajarnya mendedahkan satu dilema kepada kanak-kanak yang berumur empat tahun. Mereka diberi pilihan antara ganjaran yang kecil (satu keping Oreo), di mana mereka boleh dapat pada bila-bila masa, atau ganjaran yang lebih besar (dua keping biskut) di mana mereka perlu menunggu selama 15 minit di bawah keadaan yang sukar. Mereka diletakkan keseorangan di dalam bilik, menghadap sebuah meja yang diletakkan dua objek: sekeping biskut dan satu loceng yang anak tersebut boleh bunyikan untuk memanggil pengeksperimen dan mendapat satu keping biskut. Sepertimana eksperimen tersebut dinyatakan: "Tiada alat permainan, buku, gambar, atau sebarang objek yang boleh mengalih perhatian. Pengeksperimen meninggalkan bilik tersebut dan tidak akan memasukinya semua sehingga 15 minit sudah berlalu atau anak tersebut membunyikan loceng, makan ganjaran tersebut, berdiri, atau menunjukkan sebarang tanda kegelisahan."

Kanak-kanak tersebut diperhatikan melalui cermin satu hala, dan filem yang menunjukkan tingkah laku mereka ketika masa menunggu selalu membuatkan para penonton tergelak besar. Lebih kurang separuh daripada kanak-kanak tersebut berjaya menunggu selama 15 minit, terutamanya dengan mengalihkan perhatian mereka daripada ganjaran yang menarik tersebut. Sepuluh atau lima belas tahun kemudian, jurang yang besar telah terbuka antara mereka yang menahan daripada godaan dengan mereka yang tidak. Mereka yang menahan mempunyai ukuran kawalan eksekutif (executive control) yang lebih tinggi dalam tugas kognitif, dan terutamanya keupayaan untuk mengagihkan semula tumpuan perhatian mereka secara berkesan. Sebagai orang dewasa muda, mereka lebih kurang berkemungkinan untuk mengambil dadah. Perbezaan yang ketara dalam kebolehan intelektual muncul: kanak-kanak yang menunjukkan lebih pengawalan diri ketika mereka berumur 4 tahun mempunyai markah ujian kecerdasan (intelligent test) yang lebih ketara tingginya. 

Saya tertarik untuk mengemukakan beberapa persoalan.

1. Adakah hasil tersebut (tahap kecerdasan yang lebih tinggi) hanya datang apabila kita bermula untuk mengawal diri sejak dari kecil (di sini, umur 4 tahun)? Bagaimana pula dengan mereka yang bermula lambat sedikit (katakanlah, umur 8 tahun) atau mereka yang mula sejak apabila dah dewasa (sekitar 20-an)? Adakan hasilnya masih akan sama?

2. Suka untuk saya nak kaitkan dengan amalan dalam agama Islam. Kita sudah ada banyak amalan dan ibadah yang menggalakkan kita untuk mempunyai pengawalan diri (self control). Contohnya dalam solat, kita digalakkan untuk khusyuk, iaitu memberikan perhatian sepenuhnya. Apabila berpuasa, kita disuruh untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Dapatlah kita lihat bahawa sebagai Sang Pencipta, Allah mengetahui apa yang baik untuk hamba-Nya. Tetapi sebagai umat Islam, kita tidak perlu menunggu kajian-kajian sebegini barulah hendak percaya kepada-Nya. Menjadi kewajipan kepada kita untuk melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Maka daripada amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam, adakah amalan tersebut dapat meningkatkan tahap kecerdasan minda kita?

3. Tetapi jika dilihat secara kasar di mana-mana universiti, rata-ratanya yang mendominasi CGPA yang tinggi bukanlah dari kalangan orang Islam (di Malaysia, orang Melayu). Jika eksperimen yang dilakukan oleh Mischel adalah bukti kepada hubungan di antara pengawalan diri dan kecerdasan, maka di manakah silapnya kita sebagai orang Islam? Sedangkan kita sudah mempunyai banyak kelebihan dalam amalan-amalan harian kita. Perlu juga diingatkan yang CGPA tidaklah melambangkan tahap kecerdasan dengan sepenuhnya, tetapi saya percaya ia tetap mempunyai kaitan. Mungkinkah sebenarnya kaitan tersebut tidak wujud? Mungkin juga. Atau mungkinkah kurang penghayatan terhadap amalan tersebut? Mungkin juga. Atau mungkin juga yang kebolehan intelektual ini sudah ada, tetapi tidak disertakan dengan usaha yang berterusan dan niat untuk memajukan diri. Kemungkinan-kemungkinan inilah yang boleh kita kaji, terutamanya jika hasilnya mampu memberi manfaat.

Itu antara persoalan yang timbul di dalam akal fikiran saya. Mungkin juga saya boleh cadangkan beberapa kajian untuk dilakukan. Seperti adakah pelajar boleh belajar dengan lebih baik ketika mereka sedang berpuasa, atau adakah pelajar boleh mendapat keputusan yang lebih baik jika menjawab peperiksaan ketika sedang berpuasa. Banyak lagi perkara yang boleh dikaji di sini, banyak lagi ilmu yang boleh saya perolehi, dan saya akan cuba mengeluarkan lebih banyak idea.

Comments

Popular posts from this blog

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et...