Skip to main content

Selamat Berpuasa! :)

Esok merupakan permulaan Ramadhan bagi Muslim di seluruh dunia, dan dapat dilihat pada malam ini (di Malaysia) ramai yang berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawikh. Alhamdulillah :)



Di sini, ingin saya memberikan beberapa pandangan dan pendapat mengenai kebiasaan keadaan berpuasa di Malaysia. Harap saya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, dan sekiranya ada kesilapan di pihak saya, minta dibetulkan dan diberi petunjuk :)

1. Kedatangan ke surau/masjid untuk bertarawikh
Pada malam ini, kelihatan ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkan lebih pahala di bulan Ramadhan ini. Permulaan yang baik! Tetapi kita semua tahu, sepenuh-penuh orang di masjid itu pada permulaan Ramadhan, lama-lama akan jadi makin sikit di akhir bulan. Orang dah semakin malas, nak bersiap untuk raya, mungkin ramai yang prefer untuk solat di rumah dan lain-lain. Sebaik-baiknya kita teruskanlah bersolat tarawikh di surau seperti yang kita selalu buat pada awal-awal Ramadhan. Jika tidak, di rumah pun boleh :) Yang penting di sini ialah istiqamah dalam melakukan ibadah. Bukankah itu lebih baik daripada kita hangat-hangat tahi ayam?

2. Yang sunat itu memang bagus, tetapi jangan lupa yang wajib
Ya, solat tarawikh di malam hari, bangun untuk qiamullail, dan membaca al-Quran itu semua memang bagus. Tetapi janganlah kita tinggalkan yang wajib pula! Elok dah buat yang sunat, tapi tinggalkan yang wajib. Mana silapnya tu? Jangan pula dah bagus selalu solat tarawikh, tapi Subuh tertinggal! Peringatan untuk diri sendiri yang lemah ini juga :)

3. Jangan memandang rendah kepada orang lain yang tak pergi tarawikh
Kalaulah kita nampak orang tak pergi tarawikh tu, janganlah bersangka buruk dengan mengatakan yang dia tu teruk, pemalas dan sebagainya. Mungkin dia lebih prefer untuk solat tarawikh bersama keluarga di rumah, atau ada sebab-sebab lain. Perlu kita ingat yang solat tarawikh itu hanyalah sunat. Walaupun sangatlah rugi untuk meninggalkannya, tapi adakah berdosa jika kita tidak melakukannya? Maksud saya di sini ialah, janganlah memperlekehkan orang yang kita tahu tidak pergi ke surau untuk solat tarawikh. Mungkin ibadah malamnya (qiamullail) lebih baik dan lebih istiqamah berbanding dengan kita. Apa-apa pun, kita fikir positif, jangan cepat buruk sangka. :)

4. Apabila membeli makanan untuk berbuka puasa, minimumkanlah
Pengalaman penulis apabila membeli makanan di bazaar Ramadhan sangat best untuk dikongsi. Selalunya, memanglah kita lapar sebelum berbuka puasa kan? Dan apabila ternampak banyak sangat jenis hidangan tu, ya Allah! Rasa nak beli jer semua makanan yang ada. Dan kadang-kadang tu, sampai terlebih beli, dan banyak yang tak habis bila lepas berbuka. Esoknya, beli banyak lagi, dengan fikiran yang "confirm boleh habis nie". Apa yang terjadi? Tragedi berulang lagi, dan banyak makanan membazir. Kalau anda membeli makanan untuk berbuka puasa tu, ingatlah yang biasanya perut kita dapat makan tak banyak seperti yang kita sangka. Kalau tak cukup, belilah selepas tarawikh ke...Kalau perut penuh sangat nanti malas nak pergi tarawikh pulak. Susah macam tu!

5. Selepas sahur tu, cubalah buat sedikit ibadah yang mungkin kita jarang buat sebelum ini.
Antara hikmah bersahur ialah kita boleh melakukan qiamullail, mungkin sebelum, mungkin selepas sahur, bergantung kepada individu. Ambillah peluang untuk kita menambahkan lagi amal, dan yang paling penting, jangan terus tidur balik! Dikhuatiri kita tak bangun untuk solat Subuh.



6. Puasa bukan alasan untuk jadi malas!
Janganlah sebab puasa, kita jadikannya amalan itu sebagai alasan untuk tidak mahu melakukan pekerjaan kita dengan semangat. Nak lagi best, cubalah bersenam sedikit di waktu petang sebelum berbuka puasa (yang ini saya nak buat untuk kempiskan balik perut yang sedang boroi nie :p). Jangan sampai memudharatkan diri pula~

Semua ini adalah perkara biasa yang selalu saya lalui setiap kali Ramadhan menjelang. Sekiranya ada yang saya tersalah kata, atau ada apa-apa yang ingin anda tambah, tuliskanlah di ruangan komen. Maafkan diri saya yang lemah ini yang ingin juga bersama-sama anda untuk berubah di bulan Ramadhan yang mulia ini :)

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan pembaca misteri blog ini!

Apa pula pengalaman yang biasa anda lalui di bulan puasa? :)

Comments

  1. 3 & 4 - aku suka.
    weyh, kau bukak apa aa? cuba cerita sikit
    *gossip mode*
    (sini dah berbuka dah. ekekeke)

    ReplyDelete
  2. kan dah kata aku taktau lagi. ish ko nie. tgk la mak aku beli apa bila dia balik nanti haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et...