Skip to main content

Saya Sayang...

Bismillah

Sejak akhir-akhir ni saya banyak berfikir sendiri
Lebih-lebih lagi dalam masa nak fly ni, terasa sayu pula hati ini apabila memikirkan hidup yang akan dibawa tanpa bantuan ibu bapa

Ibu bapa
Hm~~
Pernah tak anda perasan betapa besarnya kasih sayang ibu bapa terhadap diri kita ini?
(untuk post kali ini, saya gunakan 'ibu' dengan lebih kerap, anda akan faham alasannya)
Ibu dah banyak mengorbankan untuk kita, tanpa mengharapkan sebarang balasan, biarpun titik peluh bertukar menjadi titik darah




Tetapi, ramai orang yang tidak mengambil besar hal ini
Bukti?
Lihatlah di sekeliling kamu, berapa ramai orang yang melebihkan teman wanita daripada ibu sendiri??

Apabila kita tidak berhubungan dengan kekasih kita walaupun sekejap, mulalah timbul perasaan resah
Tetapi pernahkan perasaan yang sama timbul terhadap ibu kita sendiri??

Perasaan cinta itu memang sudah ditanam di setiap hati manusia, dan Islam tidak pernah mengajar kita untuk menafikan perasaan itu
Perkara yang diajar oleh Islam ialah untuk mengawal perasaan itu

'Mengawal' dan 'sekatan'
Cuba bezakan maksud kedua-dua perkataan ini
Anda faham bukan?
Kita ambil contoh mudah
Mengawal ini samalah seperti undang-undang jalan raya, di mana perbuatan kita dihadkan demi keselamatan kita sendiri
(Contoh : Lampu isyarat, garisan kuning, garisan berkembar dll)
Sekatan pula seperti apabila sebuah jalan yang ditutup laluannya dan tiada sesiapa boleh lalu

Dalam Islam, perbuatan kita dikawal oleh Allah supaya kita tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri kita sendiri
Jadi, janganlah rasa tertekan atau sempit dengan larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh syara', kerana Allah sebagai pencipta kita lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita
Pasti ada ganjarannya yang lebih besar, yang tidak pernah kita bayangkan

Biarpun nampak comel, tetapi apa yang berdosa tetap berdosa (gambar hiasan)


Tiba-tiba saya teringat sesuatu yang pernah saya janjikan satu ketika dahulu
Saya berjanji bahawa saya tidak akan ber-couple selagi mana saya tidak menyayangi ibu saya sepenuhnya
Tetapi nampaknya sudah banyak kali diri ini melanggari janji sendiri
Janganlah anda mengikut jejak langkah saya

Bukan saya hendak katakan bahawa tiada sifat cinta dan sayang dalam diri ini, tetapi sebagai manusia kadang-kadang kita terlupa di manakah batasan yang ditetapkan
Perasaan yang telah timbul sejak dahulu lagi masih wujud hingga ke hari ini, akan disemai dengan nilai-nilai Islam dan dijauhi daripada rumpun-rumpun kejahatan yang boleh merosakkan pohon cinta sejati
InsyaAllah

Jika hendak bercinta, bercintalah dengan cara Islam
Cinta itu adalah FITRAH, maka jangan jadikannya FITNAH
Pohon cinta yang disuburi dengan Iman dan diakari dengan Islam pasti akan membuahkan hasil yang manis
Apa pula akan terjadi jika pohon cinta tersebut bajanya maksiat dan akarnya ialah nafsu?
Sama-samalah kita renungkan
___________________________________________________________

Kebanyakan idea dalam post ini dikeluarkan oleh saudara Pahrol Mohd Juoi, seorang penulis, dalam bukunya Tentang Cinta



Saya dengan sukacitanya mensarankan rakan-rakan untuk membaca buku ini bagi mengenali cinta dengan lebih mendalam
Kenalilah apa itu cinta untuk cinta
Gaya penulisannya yang bersahaja membuatkan anda ingin terus membaca

Rujukan
gambar pertama - http://ibnismail.files.wordpress.com/2009/01/ibu-bapa.jpg
gambar kedua - http://www.doudou-shop.com/produits/couple_ours/couple_ours_zoom.jpg
gambar ketiga - https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOBR4-jyiQ6hgLfSC1XWWd0Iy6eQ2nh_ze4JHaZR3PG8zFKEOSWSiT75cuzy0FUc-cxwzzS2hXTcrvkyfuvzfcoxgVMLCwNq5zIREbv94sL1nXdUifZ2VmPRq41JVq2DYCeIIgzePVukc/s320/buku.jpg

Comments

  1. hmm...betol2...tapi susah gak nak kawal nafsu tanpa melanggar nafsu tu...

    ReplyDelete
  2. btol...manusia mmg tidak sunyi daripada melakukan dosa...ada mase nafsu boleh jer menyelinap dalam diri..

    tapi Allah lebih mengetahui

    sebab tu ader taubat ;)

    ReplyDelete
  3. i like ur post =)

    -coco-

    ReplyDelete
  4. betul2..lagi bagus kalau insaf sekarang kan?
    zaf aku dah ade blog juga!!!
    selame ni asek baca org pnye je..hehe..
    comment taw =P

    ReplyDelete
  5. kire ko comment aku semate2 nk promote blog ko aa nie?

    hahaha

    anda sudah di-link~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et...