Skip to main content

Bas

Menaiki bas awam bukanlah sesuatu yang biasa bagi diri aku (kecuali bas dari Jasin ke Melaka Sentral)
Selalunya aku akan membawa kereta utk ke mana2 (biasalah, rumah ngan INTEC teramatlah dekat)
Tetapi semalam aku tidak dapat membawa kereta kerana kakak aku menggunakan kereta Gen-2
Untuk kali pertamanya aku menaiki bas Rapid KL sampai ke KL Sentral
Apa yang lainnya bas Rapid KL nie?
Aku pun tak tau, tapi aku nak jugak post pasal bas nie (dan juga apa2 yang tidak ada kaitan)

---------------------------------------------------------------------------

Pergi ke KL Sentral :

Menunggu bas bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi kalau tiada benda untuk dilakukan
Anda mungkin akan berakhir seperti beliau di bawah


Tengku nie selau pandang aku sebab dia kata muka aku macam muka adik dier
"ko jangan cium aku macam ko cium adik ko dah aa"
owh, beliau sudah berpunya

Bas T602 dah selalu aku naik
Kemudian kami turun di Seksyen 2 (hadapan UiTM) utk menukar bas
Kami menaiki bas U80, di mana bas ini akan ke Pasar Seni dan akan berhenti di KL Sentral
Sayangnya kami tidak dapat tempat duduk, dan berdiri merupakan satu-satunya pilihan yang kami ada (dah tu?nak duduk tempat drebar?)
Nasib baik aku mempunyai PSP yang sudah disumbat dengan lagu2 kegemaran aku, membuatkan perjalanan selama 45 minit itu bagaikan 44 minit (seminit jer beza?camner lak aku leh tau kan)

-----------------------------------------

Setelah bas berhenti di KL Sentral, aku dah niat untuk turun
Tapi Aziz berkata dengan yakin yang bas tersebut akan berhenti di dalam KL Sentral
Disebabkan aku fikir yang Aziz nie dah pernah naik Rapid KL, aku ikut aa cakap beliau
Last2, bas tersebut sampai ke Pasar Seni
Drebar bas tersebut bertanya kepada kami kenapa tak turun
Disebabkan tak mahu menanggung malu, aku dah turun dari bas awal2, Aziz bersama Tengku pun menjawab soalan maut drebar tersebut
Mereka berdua pun turun...

-----------------------------------------

Aku rasa nak jer campak Aziz bawah bas tuh
Tetapi disebabkan aku masih manusia, aku batalkan niat tersebut
Nasib baik Pasar Seni hanya satu stesen dari KL Sentral
Kami pun menaiki LRT...

-----------------------------------------

Pulang ke Shah Alam:

Dari Mid Valley, kami menaiki KTM ke KL Sentral
Selepas solat Asar kami terus ke tempat menunggu bas
Ramai benar orang yang sedang menunggu
Tapi bas U80 masih belum kelihatan
Aziz dan Tengku duduk di tepi dinding manakala aku dengan PSP aku, bermain DJ Max Portable 2
Dalam lebih kurang 15 minit, bas pun tiba, dan orang ramai terus berkejaran ke bas tersebut
Aku pula terus berlari memotong orang ramai dan aku dapat menaiki bas tersebut, antara yang terawal
Tapi malangnya aku masih tidak mendapat tempat duduk...
Di tempat duduk belakang sekali ada satu tempat kosong, tapi ada seorang gadis duduk di sebelah
Dengan muka yang bagaikan meminta kesian, dia mengatakan yang tempat duduk itu untuk kawan dia, jadi aku pun mengalah dan teruskan berdiri
Tengok2, ada orang lain yang bukan kawan gadis tersebut duduk di tempat itu
Cis
Tapi apa yang dia katakan itu memang betul, kawannya ada berdiri di hadapan sedikit daripada tempat aku berdiri
Aku tetap bersabar, kerana di Pasar Seni ramai orang akan turun
Sampai di Pasar Seni, banyak tempat duduk yang ditinggalkan, aku pun menganmbil peluang untuk duduk (Aziz duduk sebelah)

---------------------------------------------------

Aku masih dengan PSP aku apda awalnya
tetapi apabila aku sudah merasa sedikit pening, aku terus berhenti bermain...
aku mula mengambil gambar...

Ayat 'CERMIN KECEMASAN' itu membuatkan aku nak memecahkan cermin tersebut. hehehehehehehehe
tapi belum ada kecemasan...jadi aku tak berpeluang untuk memecahkannya...


Pemecah cermin kecemasan nie dah hilang. Ada idea ke manakah benda tersebut hilang?
i) Masih belum diletak
ii) Dah pernah digunakan
iii) Ada orang ambil untuk kegunaan peribadi
iv) Orang asing ambil sebagai kenangan di negara mereka
v) Aku sorok dalam beg aku?haha

Televisyen dalam Rapid KL untuk membuatkan orang yang berdiri lupa bahawa mereka sedang berdiri
Bila dah sampai orang akan berkata "eh, cepatnya sampai??"
Ada dua tv di setiap bas


Seperti semua bas di Malaysia, di belakang kerusi mesti ada orang akan membuat iklan untuk mempromosi 'produk' mereka
Cara yang bijak, tapi sangat menyakitkan hati pengguna bas yang lain
Bodoh betul la sape yang menconteng nie
nak promote diri pun kat tempat lain aa
kalau dah tak tahan sangat tu gie aa kawen cepat2
sumpah bangang
sangap giler
vandalisme sungguh

-------------------------------------------------------------

Perjalanan yang lama bukanlah sesuatu yang sentiasa membawa kebaikan, macam mereka ini :


memang menyeksakan bagi mereka yang perlu berdiri
sudah la sempit, penat pula tu
kalau seingat aku lah
Penumpang duduk 37
penumpang berdiri 28
tapi nie dah terlalu dua kali ganda orang yang berdiri
tak mengapa, gunakanlah tv tu sebaik-baiknya


Yang duduk pula terlalu bosan sampai tertidur
"bang, kalau rasa2 bosan tu boleh aa bagi orang lain duduk pulak"
owh, beliau nie roomate saya yang bernama Aziz

---------------------------------------------------------------------

Menikmati Pemandangan


bangunan yang (bakal) sangat lawa (kot)
Cuba teka kat mana?


Papan Iklan
Apsal aku terase baik aku naik KTM?

------------------------------------------------------------------------

Setelah sampai Shah Alam, kami tukar ke bas T602
Disebabkan bas tersebut melalui Seksyen 8, aku pun pulang ke rumah...
Mereka berdua terus pulang ke Cendana Seksyen 6

------------------------------------------------------------------------

Rancangan untuk lain kali:

Aku nak naik bas Rapid KL untuk bersiar-siar di sekitar Shah Alam, terutamanya di tempat yang belum aku pergi seperti Puncak Perdana

Sediakan tambang...tak perlu!
Seringgit jer untuk sepanjang hari...
hehe

Comments

  1. m'promote rapid kl.....

    tp x cukup rapid....

    ReplyDelete
  2. weh weh aziz macho siot! =P
    ngahahaha pujaan awek-awek hot di chicago lagi!
    *ketawa guling-guling*

    ReplyDelete
  3. dyau - aku x promote aa...cumer gitau aper yg aku nk gitau...hehe

    raihan - cakap aa ko pun tergoda ngan aziz kan?haha

    ReplyDelete
  4. ishk. dendiam sudah. nanti kang jelez awek dia kat chicago kang!

    ReplyDelete
  5. owh sori aziz!haha

    (bukannyer sori kat ko)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et

A House

One day I walk around I found a house It looks dull and I entered it -------- It is quite empty right now There are a lot of things But there are no people I think it's owner doesn't get along well with people in the houses around -------- There is a small box inside that house It is strong, because it never break even when it is being hit But somehow, it started to has cracks Hope I can fix it -------- I found a water tank There is always water inside it It looks like it had been used recently Sometimes, the water burst out just like that -------- There is also a speaker inside the house It only works when the user tell the truth It also has cracks Maybe some people throw it away because it only tell the truth? -------- A computer? It looks really nice It has been used for a lot of times It seems like it is the most precious thing inside the house Why did it go to waste? It shouldn't be left in a house like this -------- Owh There is a cat in the house It is very cute and