Skip to main content

Paras Rupa dan Label

Dipetik daripada blog member


Islam itu mudah. yang jadi leceh dan susah tu pasal kita. suasana pengamalan islam di malaysia sering dipenuhi dengan ayat-ayat dibawah. maka jawab Lord Hosni.....


“Biar lah aku tak pakai tudung, aku bukan kacau orang. Ape ingat orang yang pakai tudung tu semua baik? Yang berjubah labuh tu semua masuk syurga? Nampak je pakai jubah labuh tudung labuh, entah-entah nak tutup perut da de isi!”

Memanglah perempuan yang pakai tudung tu tak semestinya baik, tapi perempuan yang baik itu semestinya memakai tudung. Dah kalu bangga sangat tak tutup aurat, bogel je lah! Takpe la..asalkan hati baik kan? Kalau tak sedia nak pakai tudung, cakap je lah tak sedia. Paling2 kurang yang menegur tu bolehlah lega pasal dah lepas tanggungjawab. Nape perlu hentam orang lain pulak? Haiz..

“Ko ni nak tegur-tegur aku ni apsal? Ko tu sape? Ke hulu kehilir dengan seluar pendek, ade hati nak tagur aku bab agama konon!”

Apa kena mengena teguran tu dengan sifat penegur yang suka pakai boxer tu? Kita nak dengar nasihat ke nak tengok boxer dia? Kalau betul teguran die tu, kenape tak terima? Takkan nak tunggu pak haji berjanggut berserban tegur dulu baru nak berubah? Lihat apa yang dikata, bukan orang yang berkata! Kecuali lah soal hukum yang tidak ada putusnya dalam Quran.

“Ko ni sape nak bagi tazkirah kat aku? Ko ingat ko tu baik sangat ke? Jage dulu amal ko tu. Diri sendiri tu betolkan dulu, ni nak tegur2 orang, nak nasihat2 org..sedar la diri tu siket! ”

Budak tu tegur kita pasal dia sayang kat kita. Dah jadi tanggungjawab kalau dia ada ilmu. Kalau kita dah tau kita salah, yang pergi herdik orang buat apa? Kata orang tak sedar diri, tapi dia sendiri yang tak sedar diri. Orang macam inilah yang menghancurkan usaha dakwah. Kalau yang menegur tu ada salah, beritahulah die dengan cara baik, die pun perlukan nasihat jugak. Saling masihat-menasihati, kan bagus. Macam lagu Waheeda, Wassinni! (nasihatilah aku)

“Suke hati aku la nak dress macam ni. Suke hati aku la nak gi mane2. Ape ko ingat budak yang gi surau tu sume baek2 ke? Diorang tu taklid buta je tau! Kitorang yang banyak mengkaji ni lagi banyak tau.Media skang dok bukan main lagi label2 kitorang ni tak guna la, sampah la..kitorang de ilmu tau! Diorang yang gi masjid gi surau tu tau pe pasal falsafah-falsafah ni? Diorang tau main ikut je. Pak turut!”

Tak semestinya yang pegi surau tu semuanya baik, tapi yang baik semestinya yang pergi surau. Kita tak nak dilabel orang, tapi kita dah pun melabel orang yang konon-kononnya melabel kita. Kalu dah kononnya banyak ilmu tu, kongsilah dengan orang ramai. Apa salah pergi surau jugak. Budak surau boleh dapat ilmu, budak macam korang pon bole dapat ilmu. Sama-sama bertukar ilmu. Orang mungkinlah mengata kita ini menda buruk yang macam2. Media memang macam tu. Prove them wrong then! One way to prove you right is to prove them wrong! Mana kita tau budak2 surau tu pak turut? Mungkin mereka boleh berhujah lebih baik dari kalian, maka berkongsilah ilmu. Tidak salah. Kita semua kan bersaudara. Hanya kerana kita punya minat lain2, maka kita saling tidak suka? Masing-masing mempunyai nilai keislaman dalam diri. Maka tonjolkanlah. Biar dengan cara masing2 pun.

“Eeeesh, taknaklah aku kawan dengan diorang. Perangai macam gila2 sangat. Macam liar je. Kang aku pulak yang terpengaruh! Senang aku kawan dengan budak2 baik je, budak2 surau je. Boleh gak ada member kejut subuh, boleh gak de member nak Tanya soal agama. Budak2 riuh tu tau pe? Maen game, melalak,fly je lah. Dok oversea pon aku ingat nak duk ngan orang malysia je, senang siket. Ni duk ngan orang mane2 tah2 nanti masuk kristian pulak aku. Duduk ngan orang kita jugak senang. Tak la bimbang terpengaruh.”

Sebelas tahun belajar pendidikan islam kat sekolah tu dulu sia2 je kalau tak boleh cerita kat orang. Stakat nak buat amal diri sendiri, selfish namenye. Da de ilmu tu kongsi la. Nasihat la. Ajak la member kearah kebaikan. Buat apa belajar islam kalau tak boleh cakap pasal islam, tak boleh kenalkan islam pada orang bukan islam. Asyik nak kawan dengan orang sama spiesies je, jadi watak bundar lah kita. Penah dengar cite satu ulama tengah berzikir, then de satu suara bitau beliau jiran beliau di syurga nanti. Beliau pun pergi cari orangnya, bile da jumpe, tekezutlah die tengok bakal jiran die tu tengah mabuk2. Bile da die sedar, die pun beritahu yang ada suara yang bitau pasal kedatangan ulama tu. Die pun cerita yang dulunya orang2 kat situ ada 80 orang muslim fasik. Die pun berkawanlah dengan fasik2 tu dan Berjaya menarik 40 orang kembali ke jalan benar. Then die pass on lagi 40 org tu kat ulama tu sbelom die memulakan perjalanan. Dapat iktibar?

_

Comments

  1. pernah baca post ni... kt mane eh?.......

    ReplyDelete
  2. huhu...post ni mengingatkan kita supaya jgnlah terlalu taksub dgn pendapat kita...kita x semestinya betul..

    ReplyDelete
  3. tak semestinya org nak bagi nasihat tu kena perfect. sampai bila2 pun takde org perfect. tegur org dgn ilmu yg kita ada. org lain pulak akan tegur kita dgn ilmu yg diorg ada. circle of life. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et...