Esok merupakan permulaan Ramadhan bagi Muslim di seluruh dunia, dan dapat dilihat pada malam ini (di Malaysia) ramai yang berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawikh. Alhamdulillah :) Di sini, ingin saya memberikan beberapa pandangan dan pendapat mengenai kebiasaan keadaan berpuasa di Malaysia. Harap saya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, dan sekiranya ada kesilapan di pihak saya, minta dibetulkan dan diberi petunjuk :) 1. Kedatangan ke surau/masjid untuk bertarawikh Pada malam ini, kelihatan ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkan lebih pahala di bulan Ramadhan ini. Permulaan yang baik! Tetapi kita semua tahu, sepenuh-penuh orang di masjid itu pada permulaan Ramadhan, lama-lama akan jadi makin sikit di akhir bulan. Orang dah semakin malas, nak bersiap untuk raya, mungkin ramai yang prefer untuk solat di rumah dan lain-lain. Sebaik-baiknya kita teruskanlah bersolat tarawikh di surau seperti yang kita selalu buat pada awal-awal Ramadhan. Jika tidak, ...
My Life Poured As Words