4 hari sudah berlalu sejak aku pulang dari Pulau Pinang, dan rasanya dah banyak perkara berlaku. Yang membuatkan aku tergelak, tersenyum, tertawa, dan tak lupa juga perkara yang membuatkan aku emosi, kecewa dan sedih. Tapi kata orang, jangan biarkan yang sedih mengatasi yang gembira. So let's just be happy, shall we? :D Tanpa membuang masa, aku ringkaskan apa yang jadi sepanjang minggu ini: Sabtu: Selepas kali terakhir mengedit blog, aku ke kenduri di Kuala Perlis (untuk makan sahaja hahaha). Semasa kenduri tu, aku ternampak seorang wanita yang serius hot (dah la terkantoi pandang lama-lama haha). Tapi aku tahu realiti hidup yang aku takkan secara rawak akan dapat berkenalan, so aku terus lupakan haha. Kemudian aku dan keluarga terus ke Kulim, melawat abang kepada ayah aku. Mungkin dalam 2-3 jam kami singgah, dan terus bergerak ke Pulau Pinang. Shopping sikit dan dinner di Batu Feringgi, kemudian check-in di hotel dan terus tido. Ahad: Pulang ke rumah. Nothing much. Isnin: Last
My Life Poured As Words