Cikgu, rasanya sudah terlalu lama saya tak menghubungi cikgu sejak kali terakhir saya menjejakkan kaki ke MRSM TGB. Saya betul-betul minta maaf kerana tidak menghubungi cikgu, tetapi bukanlah kerana saya lupakan cikgu. Tidak, tidak sama sekali. Walaupun cikgu tidak pernah mengajar saya di dalam kelas secara formal, dan sudah lama tidak berhubung, tetapi saya masih dapat rasakan hubungan kita masih dalam keadaan yang sama. Betapa gembiranya hati ini apabila mendengar khabar cikgu daripada Farahin. Saya terlalu gembira mengetahui yang cikgu masih ingat kepada saya dan masih kisah tentang keadaan saya. Mengenangkan cikgu, saya menjadi semakin rindu untuk berjumpa dengan cikgu. Mahu sahaja diri ini pulang ke Malaysia sekarang juga untuk berjumpa dengan cikgu. Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan kepada cikgu. Terlalu banyak... Saya akan ingat pesanan cikgu. Saya tidak akan meninggalkan perkara yang wajib. Saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya akan menjadi lebih kuat....
My Life Poured As Words