Skip to main content

Persona 3 FES

Persona 3 cover
Persona 3 FES cover



In the days, you are just a regular student who just got transfered to Port Island. but in the night, between 12:00 and 12:01, hidden an hour which nobody else know called the Dark Hour.
You, who had chose your own fate, must use your own power,Persona, to protect the humanity from its enemy called Shadows.

(kalau pasal game aku lagi prefer english...tapi aku cuba tulis dalam bahasa melayu)

Storyline : 9/10


Main Character and his Persona, Orpheus

sebagai permulaan game, anda namakan karakter anda, yang baru berpindah ke Gekkoukan High School. semua benda nampak normal dari luaran. makhluk misteri yang diberi nama Shadow memburu manusia setiap malam pada masa yang digelar Dark Hour : masa yang tersembunyi antara jam 0000 dan 0001. Mereka memakan minda manusia dan mangsa akan mendapat penyakit misteri : Apathy Syndrome. hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui kewujudan Dark Hour, dan orang biasa akan dimasukkan ke dalam keranda tanpa mereka sedari yang mereka berada di dalm keranda (Transmogrified). Karakter anda mempunyai kuasa istimewa yang dipanggil Persona, diseru dalam perlawanan untuk menghapuskan shadow,dan satu2nya kuasa yang boleh menentang shadow. Di Gekkoukan, sekumpulan Persona-users menubuhkan satu kumpulan Specialized Extracurricular Execution Squad (SEES) yang berazam untuk menghapuaskan shadow dari muka bumi.

Kedatangan anda ke Gekkoukan telah mengaktifkan 12 shadows yang terkuat pada setiap kali bulam mengambang. SEES berazam untuk menghapuskan 12 Shadows tersebut dan sekaligus menghapuskan Dark Hour dan Taratus : sebuah menara yang didiami oleh shadow, hanya muncul pada Dark Hour. Tetapi rahsia yang lebih gelap menunggu setelah 12 Shadows dihapuskan...

Gameplay : 10/10

Pada waktu pagi, anda seorang pelajar biasa yang pergi ke sekolah dan melalui kehidupan biasa seorang pelajar : menghadiri kelas, bersukan dan menyertai badan pelajar. anda diberi peluang untuk membina hubungan yang rapat dengan kenalan, rakan sekelas yang hendak memikat gurunya sehingga seseorang yang menghidapi penyakit kronik yang tidak dapat diubati. Setiap oarang yang anda berkenalan mempunyai cerita masing2, dan anda akan terlibat dalam konflik yang mereka hadapi. Tetapi hubungan anda dihadkan kepada sekali perjumpaan untuk sehari, pengurusan masa sangatlah penting untuk membina ikatan yang tidak akan putus.


Lecture in class


Joining the student council
Meeting friends at the sports club


pada waktu malam, anda akan memasuki Dark Hour dan menjejakkan kaki ke Tartarus,tempat shadow berkumpul. objektifnya adalah untuk mencapai tingkat teratas dalam Tartarus. anda akan menggunakan Persona anda untuk menghapuskan shadow yang anda jumpa. tetapi anda diberi pilihan untuk hendak pergi ke Tartarus atau tidak. Anda akan membawa tiga orang ahli SEES untuk membantu anda tetapi anda tidak mengawal mereka seperti game RPG yang lain;mereka bertindak sendiri. anda hanya boleh memberi arahan kepada mereka seperti 'Full Assault', 'Heal/support', dan 'Wait'. pada pertengahan game, anda akan mendapati semua ini tidak memberi masalah.

In front of Tartarus

before entering Tartarus

The first persona you will obtain ; Orpheus

aktiviti pada waktu pagi akan memberi kesan kepada kuasa persona anda pada Dark Hour. Contohnya, anda merapatkan diri dengan seorang atlet di kelab sukan anda, dan anda akan menaikkan level Sosial Link anda pada Chariot Arcana. terdapat 22 arcana kesemuanya (23 dalam Persona 3 FES). persona anda yang memiliki Arcana yang sama akan mendapat kelebihan.

Battle System : 9/10

karakter anda adalah unik. sementara ahli SEES yang lain hanya boleh mengawal satu Persona pada satu masa, anda boleh mengawal sebanyak yang anda mampu dan menukarkan Persona anda semasa berlawan.



anda boleh membeli senjata anda daripada seorang anggota polis yang mengetahui bahawa terdapat sesuatu yang pelik berlaku dan bersetuju untuk membantu SEES.

selepas pertarungan, anda mungkin akan ditawarkan dengan duit, senjata, penambahan EXP dan juga Persona. Ia akan muncul dalam bentuk kad dan ia akan bertukar posisi. anda perlu teliti melihat untuk mendapatkan kad yang anda mahu.


In the velvet room

Persona juga boleh dihasilkan melalui gabungan (fusion) jika anda mengunjungi Velvet Room. Di dalam bilik tersebut, seseorang yang misteri akan membantu anda menghasilkan Persona. Orang tersebut merupakan salah satu misteri dalam Persona 3.

Fusion of Personas

dalam pertarungan, anda boleh membawa tiga orang untk membantu anda, tapi anda tidak mengawal mereka sepenuhnya. anda hanya boleh memberi arahan (seperti yang telah diterangkan)

setiap kali anda menyeru Persona, anda akan melihat karakter anda menembak kepalanya. (That's cool man!!). tapi pistol yang digunakan bukanlah pistol sebenar, ia dipanggil Evoker.

Graphics : 9/10

walaupun grafik tidak sehebat game rpg yang lain, tetapi penghasilan karakter, shadow, persona dan latar belakang sangat baik ditambah lagi dengan warnanya yang tida menyakitkan mata.

Sound : 10/10

(personally, aku tak beberapa kisah dengan sound)

dalam Persona 3, muzik, sound effect dan voice acting sangat baik dan kena pada tempatnya.
hampir kesemuanya sangat seimbang.

keseluruhannya, saya memberi markah personal saya iaitu 9.4/10


Komen tambahan:
kepada penggemar rpg, anda patut mendapatkan game nie. anda tidak perlu bermain Persona 3 sebelum bermain Persona 3 FES. jadi terus beli Persona 3 FES

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. haha..menarik perhatian aku untuk main game sebelum bz mula belajar balik..bagus2..tapi abang aku bawak lari konsol dia...hampeh tol....

    ReplyDelete
  3. aku pun x abis main lagi weyh...aku nk abiskan dalam minggu depan aa.haha.

    ReplyDelete
  4. aku pun x abis main lagi weyh...aku nk abiskan dalam minggu depan aa.haha.

    ReplyDelete
  5. shin megami tensei 1,2,3 nocturne tade benda yg spesifik me-link-an derg together ke? ako main nocturne, and cam takde kaitan jee dgn shin megami tensei yg ni. huhu.

    ReplyDelete
  6. rasenyer tade...sebab nocturne dgn persona ader characteristic dier sendiri...tapi aku sendiri tak pernah try nocturne so aku xleh nak ckap :)

    ReplyDelete
  7. ble fikir balik -- ako rasa benda yg connect them together adalah graphics de kot. coz de ala2 manga..movie sekejap2 de pon guna manga, not cgi like ff.

    oh selain dari kh, ako diehardfan ff. huhu. tp start main ngan ff8, then ff7, ff9, ffx, ffx-2.. ffxi ako tak main coz online -- kureng sket senanya yg online2 neh. takde feel. huhu. yg ff12 lak tak sempat nak game. it takes like what-- 150 hours ++ utk game ok.

    tp ntahlah. tu dlu.

    sebenarnye sekarang ako dah tak main dah game. takde masa. huhu. da naik senior year da neh.

    tp tulah -- semua gamerz akan come to a point ble die stop main game in his life. coz ade satu benda yg mengubah hidup die 180degrees. crite ako unic ar. haha. (bajet)

    but again, susah kot nak tinggal abes2an. mesti ade sket2 yg lekat. cam ako skrg..da tak main game, tp soundtrack2 kh, ff ako still dgr. ade feel beb. huhu. reminiscent one could say.

    ReplyDelete
  8. aku start ff9, then ff8, ff7, ffx, ffx-2 n ffxii
    ffx ngan ff9 personal favorite aku~
    ff8 x masuk sgt ngan aku
    ff7 better drpd ff8 imo
    ffx-2 tak best sgt...tapi still enjoyable
    ffxii aa yang paling lama aku spent, and mmg 150+ jam pun
    haha gampang jugak biler pk balik :p

    oo ye ke...so i guess i will have to face the day that I won't be touching my consoles anymore~tapi takpe aa, sumer orang kena move on dengan life

    haha

    taknak story ke kenape dah tak main game?haha

    ReplyDelete
  9. haha. panjang sangat kot.
    lets just say for now that the time has come to turn over a new leaf.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et...