Skip to main content

Stress (Tak Boleh Tido)

Aku ingat lepas pulang dari Chicago pada minggu lepas, waktu tido aku dah ok balik

Aku tak tau kenapa hari nie aku tak boleh tido balik, dan aku sangat stress. Aku dah cuba untuk tido pukul 1 lebeyh (semalam dah tido lama), tapi bila dah naik katil, aku tak boleh nak terus tido macam biasa (at least seminggu lebih dapat tido dengan aman).

Pukul 2 pagi. Aku still tengah cuba untuk tido. Tiba2 dapat call. Nak wat camner, aku nak tido, aku pun malas la nak layan, dan aku pun terus tekan butang silent nak bagi henset aku tak vibrate walaupun aku dah letak silent mode awal2. Aku dah rasa nak lelap dah nie, dalam 10 minit lagi, dapat lagi call. Aku nak tido ok. Aku buat benda sama. Berterusan lah kisah ini sehingga pukul 3, dan aku masih tak dapat tido.

Stress.

Dah pukul 3 tapi still tak dapat tido.

Aku cuba lagi untuk melelapkan mata. Cuba...cuba...cuba...entah lelap atau tidak, tengok2 dah pukul 4. Nak buat macam mana, boleh pulak orang2 mabuk nie buat bising kat luar. Aku nak jer jerit suro diam tapi nanti kacau jiran tetangga yang lain pulak. Try jer la tido lagi. Pastu, aku tak tau sebab apa, tapi buku lali kanan aku menghalang aku dari tido. Bukannya beliau sakit, lenguh jer pun, tapi dah cukup power untuk halang aku tido. Memang terbaik aa ko

Bertambah stress.

Dah tak tau apa lagi nak buat, aku pun mandi. Mandi air panas, nikmat giler.

Dah habis mandi, tapi still takde effect. Mata aku nampak la kuyu tapi buku lali nie? Masalah besar ko tau.





Kalau nie isu biasa jer aku tak kisah. Tapi aku fobia ko tau tido lambat2 nie.

First sekali, sebab tido lambat nie la aku asyik miss kelas pagi. Nasib baik la kelas pagi aku tak banyak (seminggu sekali jer) tapi kalau dah asyik miss jer (dalam 3 kali) memang aa stress. Aku taknak aa sebab tido nie jer grade aku pun jadi teruk. Kalau aku dapat markah rendah, aku nak jawab apa dengan MARA?

"Markah saya rendah adalah disebabkan saya kekurangan tidur dan juga tidur di waktu yang salah"

Memang nampak sangat la aku tak layak dapat scholarship dari awal2 lagi

Kemudian, aku ingatkan masalah nie dah berakhir. Tapi dah nie datang balik, camner la aku tak stress. Kalau minggu depan takde aper2 boleh la terima. Realitinya aku ada homework nak kena hantar hari isnin. Hari rabu pulak exam psikologi. Kalau aku terus tak tido macam nie, camner aku nak survive? Bila dah tido lambat, mesti la bangun lambat. Bila dah bangun lambat, mana ada mood nak buat apa2, tambah2 lagi homework. Kalau dah tak siap homework...korang pun tau la kesinambungan nyer.

Nak citer ngan member, semua ada masalah sendiri. Ko ingat semua orang kat sini ada masa nak layan masalah orang lain? Tak dapat la. Dah la minggu depan ramai orang ada exam.

STRESS KO TAU TAK.

Kaki aku nie pulak, buat hal. Lepas balik dari Chicago hari tu, ok jer. Sekarang? Lenguh tu datang balik. Ko gelak aa sekarang, kata lenguh tu takde aper2. Kalau lenguh nie dah halang aku dari tido selama 3 minggu, ko nak gelak lagi? Aku dah try urut, macam takde effect. Nak suro member urut? Out of question. Nak pegi Chicago balik? Idea bernas, tapi takde duit tak guna gak.

Kalau nak tido sekarang pun, nanti aku bangun lambat, pastu tak buat kerja. Buat tak berkat hidup jer tido sampai tengah hari.

Aku dah tak tau nak buat apa dah.

SANGAT STRESS.

Aku harap nie semua effect dari aku dah tido lama sangat sejak dua hari lepas. Sekarang pun dah Subuh, elok la aku pergi tenangkan diri dan mintak bantuan-Nya, dan cuba untuk hilangkan stress.

Comments

  1. try r jangan tido time waktu pagi biase. waktu pagi jgn tido lgi.

    org suka ckap ad msalah tidor tpi ak lgi suke refer most(not all) problem org adalah masalah waktu tidor, bkan msalah tidor.

    msalah tidor - ko memg xleh tidor, ko xtidor mlm, pagi pn xdapat tidor, or ko juz leh tido kejap je

    msalah waktu tidor - ko xde msalah tidor pn, ko tidor gak. tapi pagi.
    ckup tu ckup sgt ak rase. juz waktu berbeza. tu bkan msalah tidor pn, tu masalah waktu tidor.

    waktu mlm ko xdapat tido. tendency org akan tido pagi hari ganti tido y mlm tu. smpai ble2 pn xdapat nk normal camtu. tu bkan usaha btol2(at least not very smart) nk betolkan tido pn tu.

    ko try cmni. waktu mlm ko xdpat tido.
    ko jgn gak tido pagi hari. pakse diri. memg r mula2 mgkin susah. gi r buat bnde pe2 slain tido. petang2 gi riadah kasi penat. mlm pastu nnti penat punye so tido r.

    org suka ckap susah nk tido. tapi diorg xbpe mncuba sangat pn utk btul2 fix. at least not in smart way.

    ble org ckap try, maksudnye bkan skali. nk betolkan tido bkan skali due kali je dh leh berjaya. kene biasakan diri. mula2 susah nnti ok la. ye la ni sume pasal habit. n ni depend on willing power gak r.

    gud luck!

    ReplyDelete
  2. take care. jgn stress2. da nk exam da. jgn la sdeyy. klu xboleh tido, try la sembahyang sunat n bc Al-Quran, insyaAllah it'll comfort your heart :) bykkn berdoa :) i hope everything will get back to normal. take care my friend.

    ReplyDelete
  3. Thanks to both anon for the advices. aku tak larat nak reply panjang2 huhu

    insyaAllah malam nie aku boleh tido dah. maybe semalam tu sebab fikir banyak sangat, tu yang stress lebih2

    tapi hari nie agak haru-biru sebab tido

    thanks again~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Post Bukan Untuk Semua Orang, Tapi Ada 4 Orang Patut Terasa

Edited total 7 times by 2/6/2010 1906 Post ini telah diedit disebabkan aku tuan blog (tak menjawab soalan). Post yang asal telah di-save di dalam laptop aku, so anggap la yang tak membace tu...kurang bertuah 1) Jangan aa merajuk 2) Ko pun ...ah malas aa nak cakap 3) Semoga berbahagia 4) Lepas nie kita kena lebih mengekspresi kan perasaan kita dengan cara yang lebih sihat. Terima kasih sebab sanggup turun datang jumpa aku dulu untuk menerangkan everything :) Aku bukannya hendak merendahkan mana2 pihak, tapi mungkin method aku agak extreme. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.

A Little Debate About Love and Commitment

A week after thanksgiving, we had a group discussion about Islam. To make it short, suddenly it become a debate of my commitments toward someone. Yes, it is about love. These are the questions, and my answer: If you guys love each other, why don't you just be in relationship? If we are in love, doesn't mean we MUST be in love. Being in relationship doesn't give any assurance that you are going to get married to each other. Most of my friends that are in relationship often ended up in failure, though a few (like one out of 50) still manage to maintain for 3-4 years. If you are ready to be in relationship, then you must be ready to get married. You give your commitment, attention and time for your partner, isn't it the same as married couple?* I never say being is relationship is wrong, but people who in relationship is the trouble. We always want the good thing (getting attention, sharing our love, etc) but always avoid the hard part (our responsibilities, commitment, et...