Skip to main content

Kenapa Tak Boleh Menghampiri Zina?

"dan janganlah kamu menghampiri zina..." (al-isra' 17:32)

Dah berapa kali kita dengar ayat nie kan? Tapi berapa ramai antara kita yang memahami maksud sebenar ayat ini? Kau tak tau? Aku pun tak tau. Tapi at least aku ada interpretation aku sendiri, berdasarkan pemerhatian sendiri. Ia mungkin bukan maksud yang sebenar, dan hanyalah pandangan aku sendiri. Aku tegaskan sekali lagi bahawa HANYALAH PENDAPAT aku (berdasarkan pengalaman + pemerhatian), so jangan mengada nak attack aku lepas nie.

Kenapa dalam ayat tersebut mengatakan "menghampiri", bukannya "janganlah kamu berzina" terus? Aku bukanlah pengkaji al-Quran untuk mengeluarkan dakyah aku sendiri, tapi insyaAllah dengan sedikit ilmu yang ada cukuplah untuk aku memberikan pendapat sendiri.

Selalulah juga aku dengar, bila ada orang tegur orang2 yang tengah hangat ber-couple nie, mereka menjawab "Ala, kitorang bukannya buat apa2 pun!", "Kitorang yakin kitorang boleh jaga diri kitorang" dan lain2 alasan yang korang boleh fikirkan sendiri. Alasan mereka nie pun memang ada logiknya. Kita akan lihat kenapa~

Ok, sekarang aku nak bagi contoh aliran ke zina nie. Harap korang boleh open-minded sebab mungkin agak terlalu explicit

dari segi fizikal, mula dari:
usap kepala --> cubit2 pipi --> cubit2 part lain seperti tangan --> main tarik rambut
--> tampar2 manja --> berpegangan tangan --> berkepit rapat2 (jarak telah dikurangkan) --> berpelukan --> (sila isi sendiri) --> (sila isi sendiri) --> (sila isi sendiri) --> zina

dari segi pergaulan, mula dari -
ramai orang ada bersama --> at least ada dalam group --> seorang yang muhrim teman
--> seorang member (bukan muhrim) sahaja teman --> berdua sahaja (di tempat ramai orang)
--> berdua sahaja (di tempat tiada orang)

Cukup la dari dua segi nie, dan diingatkan bahawa aliran nie contoh sahaja; situasi sebenar mungkin berbeza (lagi panjang atau pendek). Erm harap korang boleh faham la apa yang aku tulis kat atas nie.

Ok, cuba kalau kita lompat dari usap kepala terus ke zina. Agak-agak logik tak? Takkan aa main usap kepala pun boleh turned on kan. Perasaan bersalah tu mesti ada. Mungkin inilah yang berada dalam fikiran mereka yang bila menjawab "Kitorang takkan buat apa2 punya...."

Tapi cuba kalau kita bergerak sedikit demi sedikit. Dari usap kepala, ke cubit pipi. Tak jauh sangat pun beza perbuatan tu kan? Tapi masih ada peningkatan tahap dari segi perbuatan tu. Kemudian, dari cubit pipi, ke tampar dengan manja2 gitu. Jauh tak bezanya? Cuba kalau tiba2 korang main tampar2 manja dari start perkenalan, sama tak penerimaannya? Atau start2 couple jer terus peluk? Mesti tak boleh kan. Tapi cuba dari berpegangan tangan, bila dah biasa, mula berkepit rapat2 pulak, kemudian bila dah biasa, peluk pulak. Ada flow dia kan? Nampak lagi approachable kan?

Itulah yang aku cuba maksudkan. Kita bukannya perasan pun yang kita nie menghampiri zina sedikit demi sedikit. Awal-awal boleh la kata yang kita takkan mendekati zina. Tapi bila dah jadi, siapa lagi yang nak dipersalahkan? Kalau kita terus ke zina, memang secara logiknya tak mungkin. Tapi kalau sedikit demi sedikit? Sama-sama kita renungkan

Biasanya antara setiap perbuatan dalam aliran di atas, ada "dinding" yang menghalang. "Dinding" bukan dalam bentuk fizikal, tapi adalah kesedaran kita sendiri. Kesedaran kita ini membentuk dinding supaya kita tak melebihi batas. Kesedaran ini, lebih sesuai dinamakan fitrah. Kita sendiri akan rasa perbuatan tersebut salah, even kalau kita tak pernah diajar yang perbuatan tu salah. Tapi apabila dinding nie dah dirobohkan dan kita dah melaluinya, percayalah, memang susah untuk membinanya kembali.

Manusia memang ada keinginan, dan syaitan pula akan menggunakan keinginan kita tersebut untuk menyesatkan kit. Jadi, kita hendaklah (ayat buku teks) menyedari sendiri perbuatan kita; janganlah menghampiri zina. Untuk para lelaki, tak kiralah segagah mana pun anda, akan tewas juga dengan kelembutan para wanita. Wanita boleh memberi kekuatan kepada lelaki, dan percayalah, mereka juga boleh menghancurkan hidup kita. Untuk para wanita, berhati-hatilah dengan lelaki kerana sebaik-baik seorang lelaki pun, boleh ditewaskan oleh nafsu mereka apabila diberi peluang.

Post nie aku tulis dalam bahasa melayu, disebabkan target untuk post ini kebanyakannya, jika bukan semua, adalah mereka yang berbangsa Melayu. Dan seperti biasa, adalah target spesifik~ tapi ada sebabnya kenapa post ini di-post. sekian~~

Comments

  1. asal senyap je post nih? takde org nak rep...hahah...aku pon nak makan dalam ar...

    ReplyDelete
  2. salam,
    bgos p0st nie.nk share sesama kengkawan bleh ea,^_^

    ReplyDelete
  3. adam - tu aa aku pun nak makan dalam aa...hahahaha

    bagaikanputeri - hehe thanks~Allah bagi ilham, kena la share :D

    unguviolet - salam~ sila2 lah, tak salah pun kongsi pendapat n idea :)

    ReplyDelete
  4. aku suka contoh kau.
    ada logik di situ.
    ye, untuk post ini, aku akan kunyah betul2 biar ia meresap dalam diri.

    ReplyDelete
  5. nanti dah meresap jgn luper story kat aku :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

A House

One day I walk around I found a house It looks dull and I entered it -------- It is quite empty right now There are a lot of things But there are no people I think it's owner doesn't get along well with people in the houses around -------- There is a small box inside that house It is strong, because it never break even when it is being hit But somehow, it started to has cracks Hope I can fix it -------- I found a water tank There is always water inside it It looks like it had been used recently Sometimes, the water burst out just like that -------- There is also a speaker inside the house It only works when the user tell the truth It also has cracks Maybe some people throw it away because it only tell the truth? -------- A computer? It looks really nice It has been used for a lot of times It seems like it is the most precious thing inside the house Why did it go to waste? It shouldn't be left in a house like this -------- Owh There is a cat in the house It is very cute and ...

Less Than A Month Left Berore Departure

If you had seen through all my post before, you will realized that seldom, if not, very little, I talked about going overseas I...never felt excited about going overseas It's only a coincidence that I received this scholarship to go to USA If I didn't get the scholarship, then I'm happy enough to study in our country Looking back, I never ever thought about my future for the long term I don't really care about it; as long as I continue living, I'll be delighted Did I really wanted to choose actuarial science? Yes, but only because my teacher recommended it and it is the only course that are listed in MARA's website that had something to do with Mathematics (besides engineering) I'm willingly enter the path that had in front of me, I don't give a damn about searching other hidden roads that may lead to better destination Yeah, that's me alright I remember in a talk about mind set, I learn that if we want to succeed, we need to have a vision...

I Am Not Going Back To United States

Just after the day I arrived, I got caught up in an accident. Now, just another week before going back to USA, I received a bad news. MARA told me that they had terminated my sponsorship. Yes, this is not a hoax. I received the letter two days ago, and now I decided to give a full story to you readers.